Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 12, 2010

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Imej
“Adakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (pusat pemerintahanNya) di langit bahawa Dia akan membalik-balikkan bumi dan kamu bersamanya, sehingga tiba-tiba bumi bergoncang? Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai berbatu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan ) peringatan-Ku. Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu”. [al-Mulk: 16-18] Terdapat banyak riwayat dari para sahabat yang menceritakan tentang munculnya bintang berekor (asteroid) yang akan menghentam bumi sebagai balasan terhadap kaum yang engkar dan berita gembira terhadap orang beriman yang menandakan kedatangan Imam Mahdi. 'Ammar bin Yasir r.a. Mengatakan, "Sesungguhnya keluarga Nabi kamu (ahlul bait) memiliki banyak tanda-tanda". Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur

sisipan konvokesyen

Imej
Sekarang ini kebanyakan kampus universiti sedang sibuk menjayakan aktiviti konvokesyen.Pelbagai acara telah dan sedang dilaksanakan sebagai meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan perjuangan mencari ilmu di menara gading. Kejayaan di peringkat universiti ini diukur dengan keberhasilan siswa siswi menggenggam segulung sijil bernama diploma, ijazah, sarjana ataupun Ph.D. Namun kita sebenarnya masih kabur dalam mencari jawapan .. dari manakah asal usulnya majlis konvokeyen ini? Sebagaimana yang umum mengetahui bahawa universiti di negara kita yang tercinta ini kebanyakkannya ditubuhkan selepas era kemedekaan negara. Hanya Universiti Malaya sahaja merupakan abang kepada universiti yang lain dan besar kemungkinan adik-adik ini belajar proses konvokesyen dari abang yang sulung ini sumbernya. Dan dari mana pula abang sulung ini menerima sanad berkaitan pelaksanaan majlis konvokesyen ini? Besar kemungkinan mereka menerimanya dari universiti tersohor yang terletak di Great Britain s