Catatan

Tunjukkan catatan dari April 6, 2019

Ragaman di Kaabah

Imej
Kota suci Makkah yang mengandungi ribuan hikmah itu dikunjungi lagi...betapa syukur kerana dapat hadir setelah kali terakhir pada Mei 2012. Banyak perubahan telah dilaksanakan oleh pemerintah Saudi. Penulis mendarat di lapangan terbang King Abd Aziz tepat jam 11.45 malam waktu saudi, 16 Rejab 1440. Sebaik mendarat, pengumuman dibuat agar penumpang yang berumrah perlu menunggu terlebih dahulu untuk memberi ruang kepada penumpang komersial keluar terlebih dahulu. Sebaik selesai, para jemaah diminta keluar dan dikehendaki menaiki sebuah bas yang telah disediakan. Arab² bersuara menyuruh jemaah segera memenuhkan ruang kosong di dalam perut bas dengan segera. Sebaik penuh, bas bergerak tapi hanya kurang 1 km bas berhenti dan kami turun. Kami masuk ke dalam terminal hajj dan melalui pemeriksaan imigresen saudi. Polis tentera Saudi yang berada di kotak booth pemeriksaan kelihatan mengantuk. Jari telunjuk diminta untuk diletakkan pada satu alat untuk pengecaman elektronik. Kemudi