Banjir dan banjir lagi
30 Januari 2011 - Penulis bergerak ke Kuala Lumpur pagi sekitar jam 8.30 pagi. Singgah untuk membeli petrol dan sarapan di Ayer Hitam. Keadaan hujan turun berterusan sejak semalam agak menggusarkan perasaan. Namun ianya sirna apabila melihat keadaan sungai Mengkibol yang masih berada di bawah paras yang membimbangkan. Perjalanan melalui PLUS hanya menemui hujan yang turun berterusan sepanjang jalan hinggalah tibanya ke lokasi. Rumah ibu saudara yang asalnya merupakan rumah arwah nenda. Keadaan hujan masih tidak berubah. Kami kemudiannya bergerak ke rumah pengantin di Rawang. Rumah pengantin juga dihujani hujan agak lebat. Pengantin sangat berlandaskan Islam. Selawat dibaca tatkala pengantin bergerak ke meja makan. Para hadirin dihidangkan dengan alunan nasyid dan selawat. Dalam kehujanan itu aiskrim tetap dihidangkan. Kembali dari pengantin singgah semula di rumah ibu saudara. Dapat berita dari adik ipar kluang sudah banjir. Kelam kabut kami bergerak pulang kerana sejarah banjir. Dalam