Catatan

Tunjukkan catatan dari April 25, 2013

Pilihanraya sekolah

Imej
Di musim perayaan seumpama ini, terkenang pula kisah pilihanraya di sekolah.. Mungkin sekolah penulis, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH) merupakan sekolah pertama di Malaysia yang mengadakan pemilihan pengawas sekolah melalui sistem pilihanraya. Ianya juga yang pertama diadakan di sekolah tersebut pada tahun 1991. Tidak ketahuan pula apakah proses tersebut masih diteruskan sehingga ke saat ini. Apa pun sambutan dari pelajar adalah di luar dugaan sebenarnya. Kalau di sekolah yang mengamalkan sistem pemilihan oleh pihak guru, kebanyakan pelajar ingin sekali untuk tidak dipilih. Tetapi apabila sistem ini diperkenalkan, kelihatan ramai pula yang menawarkan diri.  Ada kemungkinan juga disebabkan oleh faktor luaran, seperti dapat meraih keglamouran dengan segera serta dikenali oleh kesemua ahli sekolah menyebabkan bilangan yang ingin mencuba nasib dalam pemilihan menjadi agak ramai. Sememangnya pabila diangkat menjadi pengawas di sekolah SBP, umumnya, rate penyandang ak

Dari sahabat berbangsa cina

Imej
"Malam semalam saya pergi ke Johor Bahru dengar ceramah..." Kata rakan cina ini penuh bersemangat tatkala masuk ke bilik tanpa sempat melabuhkan punggung ke perut kerusi biru dihadapan meja kerja penulis. Penulis tatkala itu sedang sibuk menyiapkan sesuatu di PC. "Ramai orang datang. Sangat berbeza sebelum ini. Mana ada orang mau dengar itu ceramah (sebelum ini - Pen) Baik tidur di rumah sahaja.." Penulis hanya mengiyakan sahaja kata-katanya.. "Tetapi itu #@ banyak buat kempen berbau perkauman. Dia ada edar buku. Dua buku tentang (pimpinan - pen) . Semua buruk punya cerita.." "Semalam T*& juga ada datang sama M*.. untuk ceramah, tapi orang tak berapa ramai tak macam dulu..." Adakah benar teori bahawa 80-90% pengundi cina sudah sanggup ubah?