Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 26, 2013

Riwayat kereta II

Imej
YA...Naza Citra itu kembali menagih sesuatu dari tuannya. Ianya merengek-rengek, lebih-lebih lagi tatkala membuat belokan di selekoh. "Tu bunyi drive sharp tak? " kata salah seorang penumpang setia yang menemani perjalanan panjang setiap hari di antara Kluang ke Parit Raja.. "Boleh jadi bunyi arm.." kata penulis sebagai menyokong kata-kata salah seorang mekanik tatkala membuat alignment tayar sebulan lepas.. "Apa pun penyakitnya...kena tunggu duit dari langit.." Tatkala itu fikiran penulis ligat memikirkan sumber kewangan. Mungkin boleh menggunakan kad kredit yang baru sahaja dijelaskan sejumlah besar pinjaman penggunaannya oleh orang sebelah...teman setia di setiap perjalanan, kerana penggunaannya tempoh hari.  Mungkin juga boleh tunggu tuntutan OT masuk bersama gaji bulan Jun...Tapi entah berapa harga yang perlu dibayar ... belum boleh dibuat sebarang jangkaan... Jika ditanya pada bengkel sebangsa di Parit Raja, hanya senyuman jawapa

Masjid kembali berkabut ..

Imej
Jumaat 12 Syaaban 1423 - sekali lagi masjid jame menara nan sebatang terpilih sebagai lokasi untuk melaksanakan program Jati Diri Ketara Sedar (JDKS) penjenamaan semula untuk program ini. Sekitar jam 3.30 petang, barulah peserta tiba dari dua buah SK yang berbeza tetapi masih dalam mukim yang sama. Sebahagian peserta dihantar sendiri oleh ibu bapa manakala sebahagaian lain dengan menaiki bas. Untunglah mereka seawal usia 12 tahun lagi sudah berjaya menjejak kaki ke IPTA tersohor .. Taklimat bermula sekitar jam 4.00 petang oleh KK yang kini telah memakai vest berwarna merah, manakala fasi memakai vest berwarna biru ..Untuk kali ini, lagu program ditukar kepada lagu yang lain selepas hampir dua tahun menggunakan lagu sebelum ini. Beberapa minit sebelum azan Asr, peserta menikmati minum petang dan kemudian seusai solat mereka menjalani Ice Breaking bersama fasi wanita, untuk pertama kalinya dalam sejarah pelaksanaan program yang menjejak ke usia tahun ke lapan.. Walau bag