Eh...saya ni Dr tau...
Ini adalah fenomena biasa yang berlaku pada mana-mana ahli akademik yang tidak tahan dengan sengatan berbisa sekeping kertas bertaraf Doktor Falsafah. Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah pejabat pentadbiran di salah sebuah universiti awam tersohor di sebuah negara dalam kalangan asia tenggara. Maka ditegurlah oleh seorang staf bertaraf kerani cabuk, "Err...encik ada hal apa yang boleh saya bantu..?" Begitu bersopan dan layanan bertaraf tinggi serta hampir mematuhi MS ISO 2000, panduan 'akhlak' staf yang dijunjung tinggi dan diagungkan ke tempat yang tidak sepatutnya. "Eh..saya ni bukan encik. Saya Dr tau...saya baru je balik dari luar negara.." Maka tersipu-sipu malu sang kerani cabuk disebabkan keceluparan mulutnya yang gagal menilai yang mana kaca yang mana permata... Ya...gelaran itu sangat penting. Kealpaan sesiapa sahaja warga menara gading memanggil gelaran tersebut akan membuah dosa yang boleh disenaraikan dalam kalangan dos