Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 3, 2021

walimah tengkujuh

Imej
  18 Jamadil Awwal 1441 Hujan masih belum teduh meskipun tidak terlalu lebat. Ada majlis walimah yang menanti untuk dipenuhi panggilannya. Ianya tidak dibuat di rumah sebagaimana tradisi orang Melayu. Tetapi diadakan di sebuah dewan yang agak sederhana di tengah pekan kembar Gotham City. Tetapi dewan itu bukanlah seperti piawai dewan sekolah menengah, apalagi dewan sekolah kebangsaan. Ianya dihiasi dengan penghawa dingin yang menjadikannya kelihatan seperti begitu gah untuk kehadiran para datuk dan datin. Tatkala tiba sekitar jam 12.20 tengahari, suasana dingin menyambut tetamu. Sebagaimana biasa di majlis walimah moden, tiada penyambut tetamu yang terpacak setia di muka pintu masuk. Apatah lagi mempelai telahpun tiba kurang lima minit awal daripada penulis dan juga isteri serta anak sulung.  Masuk dari pintu terus menuju ke lokasi hidangan utama secara buffet. Sebelum itu, perlu melalui check point covid dengan sesi pengambilan suhu dan juga membaca bar kod my sejahtera. Hidangan yang

Hujan 1 Januari 2021

Imej
17 jamadil Awwal tahun ke 1442 dari tarikh kiraan hijra ar Rasul, hari Jumaat yang barkah. Adalah merupakan hari pertama tahun 2021. Bumi sudah dibasahi rintikan hujan malam tatkala subuh menguak kegelapan langit yang masih seronok menutup alam. Tatkala mentari syuruk mula menjengah di hujung langit timur, langit masih diselaputi mendung kelabu gelap, seolah tidak merestui kedatangan pagi 1 Januari 2021. Sehingga jam 10 pagi, hujan masih turun melebat di halaman rumah. Ianya sekejap melebat dan kadangkala merenyai membasahi bumi yang kelihatan begitu dahaga menghirupnya masuk ke dalam perut tanah. Tatkala menelusuri sungai mengkibol membelah hujan yang melebat, paras air yang berwarna seiras teh tarik itu sudah mencapai tahap yang boleh dikatakan sebagai amaran. Hampir mencapai tebing tapi masih belum menyapa.  Menjelang Jumaat, hujan masih tidak menunjukkan tanda akan reda. Penulis agak terlewat bersiap dan tatkala tiba di perkarangan jame, kereta telah melimpahi ruang parkir yang sem