Musim Peperiksaan Tiba Lagi..
Dan mulai 2 Januari ini, demam peperiksaan kembali menjelang dan menyerang warga organisasi. Mereka ini mulai tenggelam dalam lipatan buku-buku nota, buku-buku rujukan, pelan-pelan kontengensi untuk meraih keputusan cemerlang, soalan-soalan spot, halaqah-halaqah perbincangan yang menyeronokkan juga membosankan, pertapaan di malam hari dan pelbagai aksi sepanjang musim peperiksaan ini. Ada yang kehulu kehilir bersama nota dan buku. Cinta dan epilog kasih mereka berubah tajuk daripada pakwe atau makwe kepada buku dan nota serta yang lebih advance, mula 'menyintai' sang pensyarah. Seawal jam 8 pagi, sudah ada yang sanggup naik bas dan kemudian terpacak di hadapan bilik pensyarah hanya untuk mendapatkan sedikit tips, atau untuk mengintai carry mark, ataupun hanya ingin mencari syafat akhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Dan segala aksi itu kemudiannya akan dibawa dan diterjemahkan di dewan peperiksaan. Pelbagai aksi pula dipertontonkan atau cuba dilukiskan dalam dewan dingin t