Sukarkah memberi peluang?
Beberapa hari yang lepas ada di kalangan rakan-rakan penulis yang berpeluang memasuki temuduga untuk jawatan selaku Penolong Pengarah. Difahamkan terdapat dua kekosongan yang wujud. Bilangan pemohon mencecah ribuan angkanya. Namun yang berjaya disaring hanya berbelas sahaja. Calon dalaman tidaklah sampai habis jari-jari kedua tangan untuk mengiranya. Namun yang tidak memiliki segulung kertas bernama ijazah, hanya memiliki helaian kertas peperiksaan khas sahaja tidak mendapat jemputan untuk menyertai sesi temubual yang dibuat. Maka berkokoklah insan yang tidak dijemput ini. Meskipun secara teknikalnya adalah layak, namun kerana gagal melepasi saringan yang direkacipta oleh pembuat dasar, maka terbitlah perasaan kurang senang itu. Kurang lebih dua tahun sebelum itu, sang pemegang helaian kertas peperiksaan khas itu, yang merupakan pemegang tunggal di organisasi tersohor sehingga catatan ini ditaip, turut dipanggil dalam satu temubual eksklusif jam 12 tengah malam. Namun pada