Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 2, 2020

Kisah Sisi gelap Food panda

Imej
 15 Safar 1442 daripada hijrah ar rasul Semalam riuh rendah di kalangan warga net tentang tweet oleh Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan akan kemungkinan lock down 2.0 bakal diisytiharkan semula. Ada segelintir warga net mengongsikan paparan tajuk mesyuarat yang dikatakan akan berlangsung untuk menentukan keadaan semasa. Tidak kurang yang berkongsi paparan roti gardenia yang dikatakan bakal menjadi bahan makanan rebutan kembali di carta hati pengguna. Penulis terkenang antara beberpa peristiwa yang berlaku tatkala lock down 0.1 atau perintah kawalan pergerakan (PKP) tempoh hari. Antara yang menjadi top ten carta hati pengguna negara pada waktu tersebut jenama Food Panda. Pada suatu petang yang terik, isteri penulis membuat pesanan makanan segera (fast food) di salah sebuah restoran makanan segera terkemuka di negara. Jika penulis tidak salah, ianya merupakan satu-satunya restoran makanan segera negara yang masih enggan atau tidak mesra dengan penggunaan e-wallet, e-dompet atau apa jua ben