Catatan

Tunjukkan catatan dari November 1, 2010

ulasan sembang pagi di IKIM

IKIM pagi ini agak ceria dengan kehadiran DJ baru iaitu PIAN yang diganding kan dengan SITI ROHANI SURANI. Topik perbincangan pagi ini berkisar mengenai desakan consesus pihak Bebas di Parlimen yang mendesak kerajaan menukar pinjaman PTPTN kepada Derma Siswa dan biasiswa. Panggilan masuk pertama daripada seorang bapa yang meluahkan perasaannya berkaitan kedua-dua anaknya yang hanya setakat SPM tetapi telah bekerja selama 2 tahun dan mencapai gaji mencecah RM2000.00. Menurut si bapa itu lagi, kalau belajar hingga ke peringkat ijazah pertama, mengambil masa 5 tahun dan belum tentu mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Berlambak manusia yang berkelulusan ijazah pertama tidak mendapat pekerjaan, ataupun tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Adalah benar bahawa kita semua mahu melanjutkan pengajian ke tahap yang tertinggi namun terhalang dek kerana masalah kewangan. Meskipun diberikan pinjaman PTPTN, seperti IPTS yang menawarkan program yang menarik, namun be