Khutbah Terbaek ...
Jumaat 29 Syawal 1431 .. Jumaat terakhir dalam bulan Syawal .. penulis berada di masjid organisasi agak awal kerana terbabit dengan beberapa urusan pada sebelah pagi yang membawa ke waktu zawaal. Buat pertama kalinya khutbah yang disampaikan amat menarik dan menyebabkan penulis tidak tertidur. Khatib menarik perhatian dengan menilai lima perkara asas, iaitu asal kejadian, kematian, pembalasan selepas mati, tugas manusia sebagai khalifah dan beberapa lagi yang terlupa. Namun pada akhirnya khatib menegaskan mengenai kepentingan menjadi manusia beriman dan menolak segala unsur untuk bertuhankan nafsu, memuja artis dan hiburan melampau dan sebagainya. Syabas warga masjid organisasi.