Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 14, 2013

sketsa solat tarawih

Imej
Malam ke lima berpeluang mengulangi solat tarawih di masjid semalam, memandangkan imamnya adalah seorang huffaz... Ya...meskipun huffaz, tetapi imam ini seqadar membaca dua atau tiga ayat untuk satu rakaat. Ini adalah mungkin secocok dengan fizik jamaah yang mungkin lemah untuk berdiri bagi menghabiskan satu mukasurat setiap rakaat berbanding di dua tanah haram... Apa yang menariknya ialah selepas lapan rakaat, jamaah yang tinggal hampir separuh daripada keseluruhan jamaah yang hadir. Dan fenomena yang lain ialah wujud beberapa jamaah yang menunaikan solat sendirian, mungkin witir di kawasan belakang masjid.. Juga tatkala solat didirikan kedengaran suara orang berbual...bila ditoleh kelihatan sekelompok anak muda seronok berbual di tepi pintu masuk masjid...ni bukan geng lapan atau geng dua tiga. Ni geng pengacau kekhusyukan orang yang mahu menghabiskan sedikit masa dalam jamaah tarawih... Alangkah bagusnya kalau setiap waktu solat masjid dipenuhi jamaah seramai ja