Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 24, 2010

Ramadhan 11, 12 & 13

Imej
Sekali lagi penulis dipanggil untuk memenuhi misi bersama pelajar INSEP...Segala puji bagiNya yang masih memilih penulis tergolong dalam golongan ini...meskipun dalam bulan kemuliaan ini. Bukanlah berpuasa itu menjadi halangan kepada agenda meneruskan perjuangan, bahkan ianya merupakan satu suntikan semangat kepada golongan muslimin yang berpuasa, dengan mengambil semangat dan iltizam para pejuang badar pada 17 Ramadhan, penulis beserta beberapa orang sahabat yang terpilih dengan ikhlas bergerak menuju ke lokasi di Savannah Hill, Ulu Tiram, pagi 11 Ramadhan. Ketibaan di halaman banglo mewah itu hanya disambut oleh KK yang berkebetulan telah tiba lebih awal. Seqadar berbicara sedikit dan kemudiannya masuk ke bilik penginapan untuk meluruskan tubuh di pembaringan buat sekejap cuma. Kami kemudian bergerak ke dewan. Sudah siap segala peralatan yang diperlukan. Pelajar hanya tiba selepas jam 12.30 tengahari. Dewan telah dipenuhi dengan kerusi pelajar. Sepatutnya kerusi ini dikeluarkan keran