Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 2, 2012

Masih Ramai Belum Daftar Mengundi

Imej
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi amat memerlukan sokongan daripada warga negara yang berbentuk pembuangan kertas undi setiap kali diadakan pilihanraya. Pemerintah yang berdiri di atas gagasan demokrasi ciptaan barat ini tidak mampu menjadi penguasa yang mempunyai autoriti penuh sekiranya undi untuk dirinya, atau parti yang diketuainya gagal memeperoleh majoriti 2/3 daripada keseluruhan kerusi yang berada di parlimen. Baru-baru ini SPR melalui lidah pengerusinya memaklumkan bahawa masih ramai melayu (bangsa terbesar mendiami wilayah Malaysia) belum mendaftar sebagai pengundi yang sah. Ini bermakna, orang Melayu yang sejak penubuhan persekutuan tanah melayu telah menguasai politik negara berkemungkinan akan menjadi penyebab kepada jatuhnya kekuasaan bangsa mereka di parlimen... Jika dilihat sejak mutakhir ini, pertembungan diantara sesama melayu menjadi semakin meruncing dalam arena politik negara. Orang-orang melayu kelihatan tidak mampu untuk duduk semeja membincangkan kesatua