Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 6, 2022

Tirai 2022 - banjir

Imej
 2 Jamadil Akhir tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul Pembuka tirai tahun 2022 masihi adalah hujan dan banjir. Hujan turun tanpa henti sepanjang tempoh 2 Januari 2022 hinggalah muncul fajar sadiq 3 Januari 2022. Terkesan dengan bencana di Darul Ehsan dan Darul Makmur, serta tenggelamnya kampung penempatan keturunan alfonso di celah runtuhan a famosa, hujung benua selatan bersiap siaga menghadapi bah besar. Dengan ramalan pihak berautoriti mahupun pihak pemegang mohor besar konspirasi sejagat, maka timbul kegetaran di hati...apakah bah besar bakal menenggelamkan muka bumi? Perancangan Allah dan taqdirNya tiada sesiapapun yang mampu untuk masuk campur. Penulis memerhatikan, acapkali, ramalan pihak berautoriti ataupun pihak konspirasi biasanya bercanggah jauh dengan kehendakNya. Bila diramal hujan lebat, hari cerah secerah pawana. Bila diramal kemarau panjang, Dia tetap menurunkan titisan hujan ke bumi. Maha Kuasa Allah, pemilik arasy yang agung. Tidak ada sesiapapun yang layak untuk campur

Kisah kisah buli : Zaman Sekolah Rendah

  15 Jamadil Awwal 1443 Hari ini negara semenanjung emas masih lagi berada dalam mood musibah akibat bencana alam berupa banjir yang menyerang beberapa negeri dalam persekutuan. Bermula pada pagi sabtu lepas, kita dikejutkan dengan tiga tragedi besar iaitu Kemalangan maut yang melibatkan kematian 8 sekeluarga akibat rempuhan lori yang melanggar kenderaan sekeluarga yang rosak dan berhenti di tepi lebuh raya Hujan lebat dan bencana banjir di sekitar selangor disulami program mesyuarat agong parti bunga raya serta majlis makan² sang bendahari bersama pasukan simpanan; kemunculan virus omicron sebanyak 13 kes yang dikesan di negara ini Apabila berbicara kisah buli yang mula ditenggelami aliran banjir, maka penulis terkenang kisah² pembulian pada zaman persekolahan.  Tatkala berada di sekolah rendah, dalam darjah satu, penulis memulakan persekolahan di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Bapa penulis menghantar penulis hanya dengan berbasikal sahaja.  Buli pada waktu dan ketika itu adalah bersi