Catatan

Tunjukkan catatan dari April 19, 2011

Sukarnya ..

Sememangnya penulis kerap terlibat dengan gerak kerja yang melibatkan kem-kem motivasi meskipun tidak mendapat pendidikan secara formal berkaitan aktiviti ini. Seingat penulis, penyertaan dalam bidang kefaislaltoran ini bermula seawal tahun 2003 dimana mentor ketika itu telah mencadangkan agar penulis memohon apabila pihak organisasi membuka tawaran.Penulis telah dipanggil untuk temuduga dan diantara soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga penulis hingga ke saat ini, " Jika sekiranya pihak kami memanggil anda untuk menjayakan satu program pada hujung minggu, tanpa sebarang bayaran, adakah anda sanggup?" Tentu sahaja jawapannya sanggup meskipun ianya perlu difikirkan lapan kali sebenarnya.. Dan akhirnya penulis telah diterima. Kami telah dihantar menghadiri kursus TOT di Janda Baik. Diantara yang hadir ialah TG, Mejar dan ramai lagi. Kursus tersebut sangat menarik. Antara yang masih diingati ialah, semasa acara ice breaking, setiap peserta diminta menyanyikan sebuah lagu

Semakmur hebat

Jumaat 15 April penulis berangkat ke Pasir Lanun Mersing bagi menyelesaikan misi..Kem Kepimpinan Pengawas untuk sekolah SEMAKMUR…nama gelaran baru sebuah sekolah yang pernah melaksanakan program ini pada tahun sebelumnya. Penulis sekali lagi diamanahkan selaku kem komandan. Ketibaan penulis dengan menaiki kenderaan organisasi sekitar jam 11 pagi. Peserta seramai 45 orang tiba sekitar jam 12.00 tengahari. Hanya 12 orang lelaki dan selebihnya perempuan. Selesai solat jumaat di masjid berhampiran, program bermula dengan penyerahan barang amanah dan penerimaan barang peribadi. Ice breaking mengambil tempat selepas itu. Dikendalikan oleh KF. Usai Asr, acara riadah sarang tebuan oleh tuan pegawai sukan (PS). Usai maghrib, kuliah oleh Ustaz Nur. Usai kuliah, dinamika kumpulan mengambil tempat. Enam kumpulan yang terbentuk menanti nama , logo, bendera, lagu dan gaya kumpulan. Pembentangan agak hangat. Qiam keesokkan harinya dipimpin oleh TG. Usai subuh, tazkirah oleh ustazah. Kemudian riadah b