Temuduga dan kita
Pernahkah anda semua menghadiri temuduga? Penulis percaya hampir kesemua pembaca blog ini pernah melalui proses yang menggentarkan jiwa dan mendebarkan dada ini. Ada sesi temuduga yang memberikan impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita. Ada juga yang kurang memberikan impak. Impak yang timbul dari sesi temuduga selama sejam atau kurang itu kadangkala boleh merubah hampir keseluruhan peta dari kehidupan kita. Ianya boleh menjadikan seseorang itu dari bujang kepada berkeluarga, bahkan ada juga yang boleh menyebabkan daripada bermonogami kepada berpoligami. Impak lain yang mampu merubah sketsa kehidupan insan melalui proses ini ialah apabila berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan, apabila berjaya naik pangkat dan temuduga terpenting dalam diari kehidupan fana kita ialah tatkala kita baru sahaja melangkah masuk ke bilik temuduga terakhir dan disoal oleh dua panel temuduga yang sangat hebat, iaitulah munkar dan nankir!! Untuk temuduga pekerjaan, telah banyak yang dilalui oleh pen