Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 3, 2011

Kepentingan ikhlas

Imej
Al Fadhil Ustaz Ghazali Ibrahim merawikan sebuah riwayat melalui program jam 7.30 pagi di Radio IKIM.fm mengenai kisah yang berlaku terhadap Abdullah b Al Mubarak (118/736 - 181/797) tatkala beliau menunaikan haji dalam satu musim haji. Dek kerana keletihan, Abdullah b Al Mubarak telah tertidur di suatu tiang masjid. Dalam keadaan antara terjaga dan tidak, beliau telah terdengar perbualan diantara dua malaikat "Berapa ramai yang menunaikan haji tahun ini?" "400 ribu orang" "Berapa ramai pula yang mendapat haji mabrur?" "Tiada seorang pun yang berada di sini.." "jika begitu, siapa pula yang dapat? "Muaffaq yang tinggal di Damsyik.." Tatkala tersedar, maka selepas selesai manasik haji beliau, dengan bergegas Abdullah b Al Mubarak menuju ke kota Damsyik untuk menemui seseorang yang bernama Muaffaq. Selepas berusaha mencari, maka bertemulah dengan lelaki bernama Muaffaq yang menyara kehidupan dengan membaiki kasut. Maka bertanyalah Abd