Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 31, 2012

Machap lagi?

Imej
30 Mac 2012 sekali lagi kami diamanahkan untuk melaksanakan misi di Sek Keb Seri Machap Simpang Renggam. Setahun sebelum ini, kami pernah dijemput ke sana hanya selama dua hari semalam di bawah lembayung yang berbeza tetapi pelakon yang hampir sama. Kali ini kami sekali lagi diminta untuk melakonkan watak-watak manusia semi-sempurna bagi membangunkan perasaan keinsafan dan keajaiban dalam diri pelajar untuk meneruskan perjuangan serta membina sejarah kehidupan yang lebih mengkagumkan. Kami hanya seqadar menjalan tugas para nabi dan petunjuk itu datangnya dari yang Maha Berkuasa... Adalah amat jarang penulis akan ke lokasi kejadian dengan berkenderaan sendiri dan berseorangan. Tetapi dek kerana lokasi yang agak hampir dan adalah lebih baik sekiranya berkenderaan sendiri memandangkan jika berkenderaan organisasi akan menjadi lebih jauh dari kadar biasa, maka penulis akur untuk bergerak dengan kenderaan sendiri. Perjalan bermula hanya se awal jam 11 pagi dari kediaman penulis menuju ke Ai