Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 14, 2018

Al Kisah PH di Tengah Gapura Selatan

12 Syaaban 1439 tatkala memandu melalui bulatan pertama yang boleh membawa kenderaan ke bandar tengah daerah gapura selatan, ianya kelihatan lebih sesak daripada biasa. Kenderaan yang terempang akibat lampu isyarat juga mengalir agak perlahan daripada biasa. Dari jauh kelihatan gemerlapan lampu menyinari kawasan lapang berhampiran taman tasik yang menjadi tumpuan warga kota ini menikmati waktu petang dengan aktiviti sihat seperti berjoging. Setelah dekat, kelihatan pentas raksaksa dengan banner besar bersama gambar tiga individu yang bakal mewarnai bandar tersebut tersergam indah. Tatkala membuat laluan pertama dengan sedikit sesak, kedengaran hanya suara menggunakan bahasa Cina. Selepas membuat pusingan di bulatan, laluan kedua memperdengarkan suara juga dalam bahasa yang sama. Akhirnya, setelah di amat-amati ada juga suara bahasa melayu daripada calun DUN yang bersempadan. Cumanya, cerita yang dibawa adalah ulangan sahaja. Menceritakan kebobrokan pemerintah secara umum.  Darip