Catatan

Tunjukkan catatan dari September 8, 2019

Kisah Daun Pisang

8 Muharram selepas 1441 peristiwa hijrah Ar Rasul  Penulis melewati pasar besar di daerah tengah hujung selatan semenanjung emas untuk mencari parkir kereta berwarna perak yang kemek di bahagian atas tayar itu untuk membeli beberapa bungkus nasi lemak. Sememangnya itu antara rutin penulis apabila bercuti, khususnya apabila hanya penulis seorang sahaja dirumah. Apa yang menjadi sedikit kekecohan ialah tentang kekurangan sumber daun pisang untuk membuat alas nasi lemak.  "Aku dulu pajak setahun lebih kurang RM1K untuk dapat daun. Then, aku tahun ni lewat ... dah ada orang lain pajak dengan harga hampir  juta..." "1 juta...??" "Semalam aku tak niaga sebab tak ada bekalan daun..." "Harga sekarang mahal...sehelai RM0.50..." kata sang penjual yang biasa aku membeli nasi lemak darinya. Nasi lemak keluaran beliau agak sedap dan diminati ramai. Mungkin majoriti penduduk kota tengah itu mengenali keenakan nasi lemak beliau.  Da