Inilah BR1M
Pagi Ahad, permulaan hari bekerja bagi negeri2 di persekutuan yang telah mengisytiharkan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu. Sepucuk surat yang diterima memberi panduan agar penerima BR1M memungut baucer di pejabat daerah sepanjang hari bekerja minggu hadapan. Maka berduyunlah ummat yang hadir pada pagi itu. Penulis menyangkakan bahawa penulis dan adik penulis tidak akan menemui umat yang ramai. Al maklumlah, pagi hari pertama. Tentu suci dan murni bumi itu dari kalangan manusia. Rupa-rupanya penulis sangat tersilap. Khemah yang dibangunkan di antara dua bangunan kelihatan indah zahirnya. Dengan hiasan berwarna lembut seolah majlis walimah. Terpasang di perut khemah akan kipas, namun ianya tidak langsung dihidupkan fungsinya. Hanya tergantung sepi. Mujurlah pagi masih muda. Namun jumlah yang hadir menyempitkan ruang nafas dan kegunaan oksigen... Mengikut surat, tertera waktu bermula jam 8.30 pagi. Namun hakikatnya, jam 8.40 pagi baharulah muncul seorang dua petugas