Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436

Imej
Maulid datang lagi sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Ia adalah acara tahunan rasmi bagi kerajaan yang memayungi kedaulatan Semenanjung emas dan juga jajahan utara borneo serta sarawak. Tiada sebarang usaha untuk meminda tarikh keramat 12 rabiul awaal yang dipersetujui oleh pihak pemerintah sebagai tarikh rasmi kelahiran junjungan Muhammad Rasulullah SAW meskipun banyak pandangan lain yang lebih hampir mengatakan tarikh sebenar adalah berbeza.  Sambutan rasmi ini sebenarnya bermula seawal 11 Rabiul Awal lagi. Di daerah kediaman penulis, masjid daerah diperhiaskan dengan kosmetik lampu warna warni dan juga khemah yang menganjur di perkarangan utama masjid. Khemah tambahan dibna jua di bahagian sekolah yang berhampiran. Menjelang Asr, tatkala menjenguk ke bangunan masjid, masalah pertama yang timbul ialah kekurangan air. Pabila jamaah menjadi ramai, air mula berkurangan . Pelik bukan? Mungkin ini keunikan yang senghaja 'diada-adakan' oleh pihak² tertentu. Kalau di

Selamat Datang 2015

Imej
Segala puji bagiNya yang telah menemukan kita dengan Januari 2015. Manusia di belahan semenanjung emas ini menyambut tahun baharu masihi 2015 berlawanan daripada apa yang biasa dilaksanakan saban tahun. Ianya seolah bersamaan dengan sambutan tahun masihi pada 2005. Pada waktu itu, PM yang  bertanggungjawab telah melarang segala bentuk sambutan tahun baru disebabkan oleh berlaknya tragedi tsunami yang melanda acheh dan juga beberapa kawasan termasuk beberapa pantai di semenanjung emas. Pada malam sambutan 2015, ada kelainan dari 2005 pada waktu itu. Malam 2015 disambut dengan dengungan takbir sebanyak tujuh kali .. Ianya nyata jauh berbeza daripada biasa. Apa yang boleh dipelajari di sini? Pertama, PM mempunyai kuasa untuk meneruskan acara atau membatalkan segala apa yang sepatutnya berlaku semasa acar sambutan tahun baru masihi.  Kedua, Nama Allah dibesarkan dan diagungkan pada malam tahun baru masihi secara rasmi buat pertama kalinya sejak mencapai kemerdekaan negara.