Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 4, 2012

Jalan-jalan di ulu tiram

Imej
2 Mac 2012 perjalanan untuk menabur budi kali kedua dalam tahun ini selepas menikmati kedinginan hutan di kahang. Kali ini ianya bermula seawal jam 8.00 pagi. Dengan hanya menaiki bas mini yang agak perlahan, kami bergerak dan singgah sarapan di gerai bersebelahan petronas. Kami tiba di kawasan kem sekitar jam 11.00 pagi. Membuat sedikit persiapan, lawatan tapak dan sebagainya.Kelihatan wujud peserta dari kumpulan lain. Bagaimana dua kumpulan boleh melaksanakan aktiviti di lokasi yang sama? Keadaan kem adalah agak kurang kondusif. Suasana kampung yang cuba diwujudkan oleh pemilik agak kurang kemas. Ianya pada pandangan penulis sesuai untuk perkumpulan suluk kaum sufi... Menjelang Jumaat, kami bergerak untuk makan tengahari dan kemudiannya bergerak ke masjid berhampiran. Bangunan masjid mengingatkan kami kepada bumi parit jawa yang pernah dilaksanakan program beberapa bulan sebelum ini. Sekitar jam 3.00 peserta tiba di kawasan tapak. Taklimat ayahanda memakan masa sekitar 30 minit. Kemu