Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 25, 2010

dari raudhah ke kemAH

Imej
AKTIVITI RIADAH 11 Disember 2009 – Penulis berada dalam musafir menuju ke kem sri Raudhah Gombak bagi membantu menjayakan Program Jati Diri pelajar untuk fasa ke dua tahun 2009. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira lebih 4 jam bersama dengan sahabat mentor penulis dan juga kem komandan dengan menaiki kereta Toyota kem komandan yang telah dipotong springnya itu… Pergerakan dari ibu pejabat bermula dari jam 9.30 pagi Jumaat yang mulia. Musafir pada hari Jumaat mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie & Hanbali mengklasifikasikan sebagai haram sekiranya dilakukan selepas terbit fajar pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, sekiranya dilakukan sebelum terbit fajar maka hukumnya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun terdapat juga pandangan yang menyatakan diharuskan bermusafir pada hari Jumaat sebelum tergelincir matahari dan ianya merupakan pandangan dari mazhab Maliki dan hanafi.. Kami tiba di kem tersebut sekitar jam 1.30 tengahari setelah agar terkeliru kerana jalan yang dilalui t