Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 4, 2013

Iktikaf lagi...tapi di Angsana..serta tulang yang tersengkang

Imej
Tajuk memang gempak... Sekitar jam 12.00 tengahari, orang sebelah yang setia mengajak penulis ke Angsana untuk menambah keperluan perniagaan yang baru hendak bermula. Maka tanpa perlu soal banyak, lagipun ditaja sepenuhnya, terus bersetuju dan bergerak. Putera dan puteri tidak dibawa bersama. Nanti bermacam-macam pula pembelian yang perlu dibuat .. Sebelum ini pernah juga ke angsana tetapi pencarian tidak berlaku dengan sempurna kerana ragam putera penulis yang tergila-gilakan kereta kecil. Kalau murah tidak mengapa. Ini mencapai ratusan RM. Setelah dibelek, rupanya berjenama Mercedes Benz. Memanglah harga melantun .. Kami tiba di Angsana beberapa detik sebelum zawaal. Kedai yang ditarget telah ditemui di aras paling atas. Mujurlah sama level dengan tempat parkir kereta. Maka orang sebelah meneruskan aktivitinya dan penulis duduk menunggu di suatu sudut. Ya...seperti lain-lain premis perniagaan, anak-anak remaja yang paling ramai menjadi pengunjungnya. Meskipun kebanya