Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 17, 2010

balada seorang pengacara

Rancangan realiti top host yang disiarkan di TV3 setiap Rabu mula menarik minat penulis kerana rancangan tersebut agak berlainan daripada rancangan realiti biasa. Ianya memaparkan beberapa orang peserta yang cuba merebut peluang untuk menjadi pengacara bersama TV3. Sekali tonton, seolah-olah menyerupai rancangan realiti hebat he apperantice. Mungkin sudah banyak sebenarnya rancangan realiti yang cuba meniru dan menyerupai rancangan tersebut, namun kali ini, tema utamanya ialah untuk mencungkil bakat selaku pengacara... Penulis sebenarnya banyak terlibat dengan sesi pengacaraan di peringkat organisasi. Banyak sebenarnya program-program yang dilaksanakan di peringkat organisasi telah diacarakan oleh penulis. Banyak juga peristiwa pahit maung yang dialami oleh penulis sepanjang berkecimpung dengan bidang ini. Penulis mula terlibat dengan bidang ini apabila dengan rela menawarkan diri dalam siri pencarian pengacara peringkat organisasi yang telah terlupa akan tahun berlakunya. Ramai juga y