Catatan

Tunjukkan catatan dari April 29, 2011

Bangsa Melayu Islam semakin berani dan maju?

Imej
Unjuran Tahun 2005-2010 Mungkin kegawatan moral manusia berbangsa melayu-Islam sudah berada di paras yang amat kritikal sekarang. Dalam keadaan remaja yang semakin teruk dilanda gegaran hendonisme - mengangung-agungkan artis, mengangkat aktiviti zina, menjadikan arak selaku hidangan ternama, membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa, dan pelbagai lagi, kini remaja pra tua pula memainkan peranan menambah bebanan laknat sumpah seranah di atas mukabumi yang dulu dikenali sebagai semenanjung emas ini. Bumi yang dikenali di kalangan beberapa blogger konspirasi sebagai bumi yang dijanjikan Tuhan .... Apakah makna disebalik kebejatan yang semakin hari semakin melampaui batas ini? Bangsa melayu kita yang mewarisi akhlak pemalu, sopan santun dan menjunjung Islam dari nenek moyang kita kini sudah semakin hilang arah, menjadi manusia tidak tahu malu, tidak segan bertelanjang di tengah-tengah media, sangat 'gumbira' mengaibkan sesama bangsa dan agama, kalau boleh hendak disalib di atas menara