Catatan

Tunjukkan catatan dari November 29, 2015

Terkenang Semasa Dulu : Latihan di sebelum fajar sadiq

Imej
Dua belas orang pemuda harapan yang telah dipilih oleh majlis warden, enam merupakan senator dan enam lagi dipilih melalui pilihanraya bebas pemilihan pengawas oleh majoriti pelajar, telah diberikan satu taklimat penting menjelang light off oleh Ketua Blok (KB) B.  "Ok..esok pagi, korang bangun lebih awal dan bakal KB serta pembantu dan juga KBS bersedia untuk kejutkan semua pelajar." "Rasanya KB dan pembantu je kot...KBS biar terus ke surau.." menurut KBS sedia ada. "Ok....semua KB dan pembantu esok bersiap lebih awal dan kejutkan semua pelajar. Pastikan semua dorm dikejutkan. Kalau boleh buat dua round. Satu round habiskan kemudian buat lagi round kedua. Biasanya dia orang ni round pertama sedar aje tapi tidur semula, round ke dua baru betul² sedar. Tapi kalau buat round ke tiga lagi bagus. Kejut mereka sebelum azan subuh. Kalau boleh, masa selawat dan mula kejut. Tu pun dah lewat" Begitu panjang penerangan yang diberikan. "Ada seba

Terkenang Semasa Dulu : Bila pintu diketuk

Imej
Malam itu merupakan malam pertama untuk 12 orang yang terpilih bakal menduduki bilik exco sebuah sekolah berasrama penuh tersohor di tepi sungai terbesar di semenanjung emas. Dua belas orang pelajar lelaki itu adalah terdiri daripada beberapa orang pengawas yang memenangi pilihanraya pengawas tempoh hari bercampur dengan beberapa orang lagi yang dipilih oleh majlis warden. Selepas ligt off, mereka masih berbual-bual sesama mereka di atas katil double decker. "Betul ke kita ni bakal exco?" salah seorang bertanya dengan nada kurang percaya. "Dah tu...kenapa pula diletak kat sini? kan training nih...esok kena bangun awal kejut semua.." salah seorang menjawab.  Diantara mereka ada yang bakal dinobatkan sebagai KP pengganti kepada KP sedia ada. Meskipun namanya agak kurang disebut-sebut, perancangan Allah tiada siapa yang mampu menghalang.  Dan kedinginan malam serta kesunyiannya sesekali diganggu dek bunyi cengkerik dan juga lolongan anjing-anji