Ziarah malam
Sekitar jam 10.00 malam Ahad lepas, selepas pulang dari Ulu Tiram, tatkala hendak menjamah hidangan makan malam yang dimasak oleh yang tersayang, kedengaran suara seseorang memberi salam. Lampu di bahagian hadapan telahpun di offkan sebenarnya. Maka penulis bersegera membuka pintu untuk melihat siapa yang datang. Oh, rupanya orang jamaah seramai tiga orang...maka lampu dibuka dan tetamu dipersilakan untuk masuk. Jamaah masuk dan mula bercerita tentang kehidupan keluarga. Makanan disiapkan oleh isteri dan kemudian ceritera bertukar kepada kisah-kisah pengembaraan mereka. Kisah pertama Berkaitan kisah salah seorang jamaah dari Palestin yang mengaku pernah keluar bersama salah seorang mantan menteri kanan singapura. Mereka ini telah masuk ke baitulmaqdis disebabkan adanya hubungan di antara singapura dan israel. Maka dikhabarkan bahawa lelaki ini telah dikasari oleh zionis tatkala berada di al aqsa. Namun, tatkala ia terjatuh dan kad mantan menteri tiba-tiba terkeluar dari saku bajunya da