Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 3, 2015

kembalikan sistem monarki

Imej
Sistem monarki adalah sistem yang tertua yang pernah wujud dalam pemerintahan. Dipercayai bahawa ianya sudah wujud sejak 3000 tahun dahulu. Kesemua tamadun awal manusia seperti tamadun mesopotamia, indus, mesir dan china mengamalkan sistem ini. Di rantau asia, sistem monarki sememangnya telah lama wujud dan berdiri dengan elemen hindu buddha. Raja-raja dianggap dewa dan ketaatan terhadap mereka amat dituntut. Menderhaka terhadap mereka dianggap satu dosa yang hanya boleh dihapuskan dengan jalan hukuman bunuh. Di sesetengah tempat, seperti China, bukan hanya pesalah yang dibunuh, tetapi ahli keluarga mereka juga turut dihapuskan... Kewujudan sistem monarki di dalam Islam diterajui dan diungguli oleh Khalifah Muawiyah B Abi Sufyan yang mengasaskan Dinasti Umawi sebaik berjaya mendapatkan keabsahan perjawatan khalifah daripada Al Hassan Bin Ali Bin Abi Talib. Berselindung disebalik jawatan khilafah, sistem monarki ini berterusan dan bertukar-tukar tangan daripada Umawi kepada Abb