Hari² Hari Raya?
17 Syawal 1438, ertinya telah berlalu 16 hari sejak khatib turun dari mimbar pada pagi 1 syawal, Ahad di merata masjid dan surau di bumi semenanjung emas yang begitu kokoh dan tegas mempertahankan kefahaman ASWAJA versi nusantara. Namun, disesetengah lokasi, khususnya di tanah selatan, suasana sambutan masih lagi membahang, seolah tarikh 1 syawal itu tidak berganjak langsung. Saban hari, ada sahaja sambutan yang diadakan, sama ada acara ziarah, acara sambutan peringkat pejabat, acara sambutan peringkat jabatan, acara sambutan peringkat sekolah, acara sambutan peringkat zon, peringkat negeri, bahkan peringkat kawasan serta rumah² terbuka yang senantiasa kunjung tiba tanpa henti, khususnya di hujung minggu, jumaat sabtu bagi warga selatan semenanjung emas. Acara yang khusus yang dikatakan membezakan mazhab sambutan edi fitri di antara penduduk selatan dan utara semenanjung emas ialah acara marhaban atau baraan. Ianya berterusan saban malam seusai solat Isya tanpa mengira hari b