Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 30, 2020

Melayu dan angan-angan

Imej
 10 Muharram 1442 Hari yang sangat dimuliakan oleh semua masyarakat muslim, khususnya yang bermazhab syiah dimana mereka bermuram durja sejak tanggal 1 Muharram lagi dengan kemuncaknya pada hari ini bagi memperingati kesyahidan Hussein Ibn Ali di karbala akibat tindakan tidak bermoral tentera kuffah dibawah kepimpinan Ibn Ziyad yang merupakan gabenor Kufah ketika itu... Orang-orang Melayu Muslim khususnya di Nusantara juga ada yang mempunyai kefahaman sendiri terhadap Muharram ini. Ada kepercayaan di kalangan orang Melayu yang senior bahawa bulan Muharram ini merupakan bulan yang membawa malang. Perkara ini menjadi terlebih khusus pada 10 Muharram hingga bagi mereka yang ekstrem, akan melarang ahli keluarga dari pergi berjimba-jimbaan seperti berkelah, berkelana dan sebagainya kerana khuatir kepada nahas yang dikatakan wujud pada Muharram ini. Ternyata dan jelas bahawa berkemungkinan ianya berasal daripada cedokan kefahaman golongan syiah ghulat yang sangat mempercayai keberkatan manus