Catatan

Tunjukkan catatan dari November 9, 2014

Khutbah Jumaat : tak sudah menganjing

Imej
Solat Jumaat 14 muharram di tapak masjid tua kampung rizab kepunyaan bumiputera, di tengah daerah dalam negeri gapura selatan, hujung semenanjung emas. Suasana agak nyaman dek kerana mendung yang berarak lalu. Sang imam adalah antara yang termuda, meskipun bukan yang paling muda di kalangan saf imam di masjid tua ini. Seusai pengumuman oleh bilal dengan membacakan hadis riwayat Abu Hurairah, sang imam berdiri di dalam kotak mimbar untuk membaca teks khutbah. Teks pada Jumaat ini masih berkisar mengenai isu anjing-anjingan. Tak sudah² para ulama di pejabat pengurusan agama rasmi mempromosi isu ini yang kunun seperti tidak akan berkesudahan. Rasanya minggu ini isu yang paling sensasi ialah isu berkaitan pengharaman SIS oleh majlis fatwa negeri Selangor. Selangor lagi....biarlah itu di Selangor, kata seseorang. Aihh...bukan ke isu anjing ini juga turut berlaku di sana? Maka rasanya lebih enak kalau teks khutbah berkisar mengenai bahaya SIS yang condong kepada islam liberal dan did