Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 10, 2011

Penilaian 360 darjah

Akhbar Berita Harian memaparkan tajuk ini semalam, 9 Mei 2011. Menurut kefahaman penulis, penjawat awam akan dinilai berdasarkan kepada penilaian atas bawah, kiri kanan depan dan belakang, yang bermaksud, setiap individu penjawat awam akan dinilai oleh pegawai atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan. Tujuan penilaian adalah untuk kelayakan kenaikan pangkat. Meskipun ianya diwar-warkan selaku pengganti PTK, namun ianya tidak pula digunapakai untuk pergerakan gaji melintang mahupun menegak. Jika sebelum ini penilaian prestasi tahunan (semasa SSL) boleh menentukan pergerakan gaji hingga melintang, selepas SSB, pergerakan menegak atau melintang hanya ditentukan oleh aras IV dari keputusan PTK. Walau bagaimanapun, masih tiada penjelasan dan pencerahan daripada pihak yang berwajib. Jika ianya tetap akan dilaksanakan pada Julai nanti, ianya berkemungkinan akan menjadi satu isu yang agak kontroversi di kalangan penjawat awam. Kalau sekiranya sang penilai itu terdiri daripada rakan-rakan s