Hari raya oh hari makan oh hari bersuke suke
Majlis sambutan hari raya di peringkat organisasi pada tahun ini dibuat lebih awal daripada kebiasaan tahun tahun sebelumnya. Lokasi juga berbeza daripada lokasi tahun lepas. Dengan keadaan yang agak tertutup dan sebahagian berhawa dingin, ianya bisa mengurangkan darjah kemarahan mereka yang tidak mendapat makanan. Sambutan pada tahun ini juga tidak dikongsi bersama pelanggan. Jika pelanggan ada bersama, suasana akan menjadi agak kacau dan kerap mereka ini masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk staf. Penulis juga pada kali ini hanya makan sedikit sahaja bersama teman-teman dari pejabat lama di dewan makan eksklusif disertakan pelayan ibarat wildan di taman jannah. Dua hari kemudian, sambutan diadakan pula di pejabat penulis. Hidangan istimewa ialah kambing bakar dua ekor. Hadirin kelihatan seperti tidak begitu ramai. Namun tetamu istimewa yang tidak dijangka agak memeriahkan suasana. Dan keesokkannya juga berlaku sambutan hari raya di rumah bos. Meskipun