Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 23, 2021

Mahida corner : Sarapan di mana?

Imej
 10 Jamadil Akhir 1442 Sabtu Minggu kedua tanpa acara solat Jumaat kecuali untuk 12 orang AJK masjid yang terpilih di beberapa negeri yang mengalami PKP, meski ada negeri yang diperbolehkan untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat berjamaah dengan jumlah jamaah yang mencukupi 40 orang maksimum. Unik bagi negeri yang dikatakan benteng terakhir ajaran ahli sunnah aliran Asya'irah wa Maturudiah dan memegang mazhab fiqh syafie tanpa mengendahkan fiqh lain serta memandang yang berpegang dengan fiqh selainnya seolah 'tidak boleh diterima masyarakat' atau dalam bahasa mudahnya sesat, namun membolehkan pula solat jumaat dengan hanya 12 orang ahli qaryah? Mungkin dharurat yang digunapakai olehnya membolehkan segalanya, termasuk masalah mazhab fiqh yang selama ini dipertahankan bermati-matian... Kedai atau restoran masih beroperasi di sepanjang PKP 2.0. Cumanya tiada istilah makan di kedai. Yang diperbolehkan ialah bungkus makanan dan dibawa balik ke rumah. Di Mahida corner yang men