Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 3, 2018

semangat badar dan syahidnya sang imam

Imej
17 Ramadhan mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam diari umat Islam. Yang paling penting ialah peristiwa turunnya Al Quran sebagai kitab panduan dan mukjizat terbesar Junjungan Muhammad ﷺ dan pusaka agung tinggalan baginda untuk umat. Ulama mempunyai pandangan berbeza berkaitan peristiwa ini dimana sebahagian menyatakan ianya adalah masa al quran diturunkan sekaligus daripada luh mahfuz ke langit dunia. Sebahagian menyatakan, tarikh tersebut sebagai tarikh dimana Junjungan ﷺ menerima wahyu pertama di gua hira... Setiap tahun umat menyambut peristiwa nuzul al quran. Disesetengah negara cuti umum berlaku sebagai menghormati tarikh keramat tersebut. Tapi sayang sekali, meskipun saban tahun diraikan, masyarakat kelihatan masih jauh daripada pengamalan al quran dalam kehidupan. Walhal, al quran itu adalah seumpama manual kehidupan manusia yang wajib dirujuk untuk menjamin kesejahteraan... Peristiwa kedua yang penting pada tarikh tersebut ialah peperangan badar al kubr