Catatan

Tunjukkan catatan dari November 10, 2011

Berhati-hati..jangan jadi agen mereka secara percuma

Imej
Kita biasa dan suka memakai t shirt kerana ianya ringkas dan sesuai untuk keadaan iklim di negara ini. Lebih-lebih lagi kalau material dari bahan yang tidak panas serta sangat selesa, lebih-lebih lagi kalau diperolehi secara percuma pula, serta melambangkan atau mengingatkan kita pada sesuatu. Kita biasa melihat orang kita memakai t shirt kosong ataupun bergambar. kadang-kadang mereka memakai t shirt yang bergambar dengan seorang lelaki memakai baret atau che guevara - pejuang revolusi sosialis di Amerika Latin. Tidak pula diketahui adakah sang pemakai itu benar-benar kenal dengan watak yang diiklankan secara percuma itu atau tidak. Beberapa waktu sebelum ini ada sebahagian anak muda kita dengan beraninya memakai t shirt dengan gambar Ben Laden, lelaki yang paling dikehendaki oleh USA serta sekutu-sekutunya. Tatkala itu Ben Laden dianggap dan dijulang selaku hero bawah tanah yang membawa mesej Islam Radikal. Anak-anak muda ini yang mungkin dipengaruhi oleh anasir semangat Islam hasil 9

Hamba Allah : Benarkah begitu?

Imej
Berpagi-pagi kita menyapa sahabat sekerja, dimana nak makan sarapan pagi ni? Jarang pula kita bertanya, dah juz berapa al quran kau baca hari ni? Ketika sarapan kita sibuk berbicara hal-hal dunia, hal kenaikan gaji, hal pembelian dan pembesaran rumah sementara kita yang berhutang dengan bank riba, hal ehwal orang lain yang sepejabat dengan kita yang selalu saja menyebabkan kita berbulu bila melihatnya, hal geopolitik negara dan sebagainya, hal ehwal kereta dan pembeliannya, hingga kita terlupa bertanya dan bercerita hal-ehwal iman dan amalan kita, subuh kita pagi tadi dimana di masjid ke di rumah, kalau di rumah sempat berjamaah ke solat sendirian berhad jek..? Di pejabat, dihadapan meja kerja kita, kita diasyikkan pula dengan penerokaan alam maya yang hanya dengan hujung jari sahaja kita sudah tahu hal ehwal yang berlaku di Putrajaya, Petrajaya bahkan di hujung dunia. Sekali klik pada button mouse, kita sudah berada di hadapan pintu rumah Presiden USA. Klik sekali lagi, kita sudah ber