Catatan

Tunjukkan catatan dari September 16, 2012

hari raya di organisasi

Hari raya bagi organisasi penulis untuk tahun ini jatuh pada hari Khamis 13 september 2012. Deraian hujan yang agak lebat memulakan sambutan bersama dengan alunan bacaan selawat. Kemudian ialah acara makan dan makan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap jabatan diberi tanggungjawab untuk menyediakan menu. Alunan nyanyian dan tarian adalah acara biasa dan wajib dalam setiap acara sambutan seolah-olah tidak sempurna sesuatu majlis tanpa sentuhan mereka. Entah bila agaknya pihak penganjur akan mengubah konsep sambutan agar lebih diberkati.... Majlis berakhir sebaik masuk waktu zuhur....