Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2012

3 Ramadhan

Ramadhan ke tiga dapat bangun agak awal daripada dua pagi sebelumnya. Segala puji bagiNya...Moga-moga dijadikan hamba ini dari kalangan manusia yang istiqamah ... Hari ini merupakan hari pertama bertugas dalam suasana kesucian Ramadhan 1433 hijra. Tiada apa yang luar biasa berlaku. Semuanya boleh dikatakan terkawal. Cuma pekeliling untuk pulang lebih awal dari waktu biasa masih belum dikeluarkan. Apabila diulang tayang pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 1432, ianya telah dikeluarkan lebih awal. Tetapi tahun ini sehingga menjelang 3 Ramadhan, inbox  folder pekelilibg pada e mail rasmi penulis masih belum diisi dengan pekeliling tersebut. Namun menjelang jam 2 petang, muncullah e mail yang dinanti-nantikan oleh majoriti warga organisasi. E mail pekeliling kebenaran pulang awal 30 minit daripada waktu pulang biasa. Setelah dirujuk kepada penilai pertama, maka beliau telah mensahihkan pekeliling tersebut. Maka menjelang jam 4.30, berdedai-dedai warga universiti menuju mesin per

Ramadhan kedua

Imej
Ramadhan hari ke dua dimulakan juga pada jam 5.20 pagi. Ianya juga dianggap lewat dari jadual asal. Mana mungkin dapat solat dan makan dalam masa yang amat singkat? Ini bermakna anda perlu memilih antara makan sahur ataupun solat sunat... Aktiviti hujung minggu di awal-awal ramadhan ini adalah sebagaimana biasa sahaja. Solat subuh berjamaah kelihatan kurang sedikit jamaah daripada pagi hari pertama Ramadhan... Bertandang ke rumah mentua sebentar dan kemudian ke kedai mencari barang mentah. Menjengah semula ke bazaar ramadhan bagi mencari juadah buat bonda. Tarawih tidak dapat dihadiri kerana masalah perut yang memuncak selepas berbuka.... Menu berbuka hari ini bersama model ... Menu yang disediakan cukup menghangatkan