Ramadhan oh Ramadhan
Firman Allah di dalam surah al baqarah ayat 183 bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman..difardhukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa.." Penulis terngiang-ngiang akan nasyid yang kerap menjadi 'penasihat' penulis tiap kali kedatangan bulan seribu bulan ini sejak ianya mula dimainkan di radio ikim.fm ramadhan satu nasib tak serupa peluangnya sama natijah berbeza ramadhan mereka gembira cemerlang mukmin berjasa diawal zaman ramadhan kami malam terbuang muslim berdosa di akhir zaman mereka gembira kerana kedatangan mu kami gembira dengan pemergian mu malam mereka meriah disimbah nur al quran tp malam kami muram bertemukan mu mereka berlumba mengejar makrifat tp kami lesu diburu nafsu hati mereka bercahaya digilap takwa jiwa kami gelap didera dosa takbir mereka takbir kemenangan hadiah mujahadah sebulan ramadhan takbir kami lesu tak bermaya tanda kalah lemah tak berdaya puasa sekadar lapar dan dahag