Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 6, 2020

Kisah Pertandingan Singa, Gajah dan Lotong

Imej
Maka tersebutlah sebuah kisah yang berlaku di semua lembah yang terkenal dengan tasik dan juga naganya selaku lagenda turun temurun. Maka tatkala mati pemerintah di kawasan tersebut, maka diadakanlah pertandingan untuk memilih jawatan yang baharu. Maka majulah singa, gajah dan juga lotong untuk merebut jawatan yang tersebut. Singa mempunyai kekuatan luar biasa yang diketahui lawan dan kawan. Saingan utama singa, sang harimau tidak berkenan untuk merebut jawatan tersebut dengan alasan penyakit berjangkit dan membunuh masih meliar di kawasan itu dan khuatir ia akan keselamatannya. Tak tahulah kekhuatirannya itu berasas, atau hanya alasan kerana khuatir akan kalah jua. Maka berkepaklah sang singa dengan sokongan dan dokongan (baca : jilatan) juak² penyokongnya. Sang singa kini sudah ada perikatan baharu yang menyokong kuat akan pencalonanannya. Maka sudah barang tentu kemenangan itu miliknya. Lagipun, almarhum pemerintah sebelumnya juga mendapat sokongan padu katanya