Saujana Hill Golf Resort melambaiku
Hari kedua pertapaan penulis di pulau ini menyaksikan kelas secara officialnya bermula jam 11 hingga 1 tengahari, iaitu untuk subjek Isu² Pentadbiran Awam. Pensyarah untuk subjek ini sebagaimana pada tahun sebelumnya, kurang bermurah hati untuk menghadiakan kami slide power point untuk tatapan manja menjelang hari² peperiksaan, berbanding pensyarah lain. Inilah kehidupan sebagai pelajar tua pendidikan jarak jauh. Keterlaluan mengharap kepada suapan nota dan juga slide power point. Ironinya, meski pensyarah berkenaan tidak mesra berkongsi slide beliau, namun beliau ini memberikan tips untuk peperiksaan yang amat bernilai, dan terbukti keluar... Syarahan selama 1 jam setengah ini (mungkin diskaun 50%) berakhir lebih awal dari jangkaan waktu sebenar. Sementara menunggu kelas tutorial untuk subjek penulisan proposal tesis, kami bersiar² di kaki lima bangunan yang menyaksikan beberapa booth jualan barangan seperti baju, tudung dan sebagainya. Terdapat juga gerai kecil yang menyed