Syaaban telah menjelma kembali
Hari ini rupa-rupanya 3 Syaaban 1432 hijrah... Ini bermakna ada lebih kurang 26 hari lagi untuk kita masuk ke Universiti Ramadhan untuk menjalani program mencanai iman dan jika kita berjaya akan beroleh segenggam Ijazah Taqwa. Nilai ijazah ini terbahagi kepada tiga pula iaitu, i. Awam ii. Khusus iii. Khawasul Khusus Entah bagaimana keadaan kita apabila selesai pengajian dan pentarbiahan di universiti agung tersebut. Mahu atau tidak mahu, suka atau benci, setiap insan bergelar muslim pasti akan masuk ke dalam universiti pentarbiahan tersebut. Bezanya ialah sikap dan keadaan kita apabila masuk ke dalam institusi Ramadhan ini. Ada diantara kita yang masuk dalam keadaan terseksa. Seolah-olahnya masuk ke pusat tahanan perang (POW). Ada juga yang masuk seolah-olah hadir ke kursus pembangunan manusia atau team building. Ini semua adalah bergantung kepada keimanan seseorang. Selaku seorang yang cuba meningkatkan kualiti keimanan, semoleknya seawal Rejab lagi kita telah membuat sedikit perse