Terhenti-henti....
Sekitar Julai, kami sekeluarga baru sahaja pulang daripada majlis walimatul urus di negeri Hang Tuah. Menjelang Maghrib, tatkala ingin singgah di salah sebuah masjid di tepi jalan, kereta yang dikenderai mula buat hal. Kereta ini bukan kereta lama. Ini kereta yang baru sahaja berusia 3 tahun. Jika ianya manusia, masih anak-anak lagi. Ada nyalaan pada bahagian dashboard yang menyebabkan enjin kereta tidak mempu memberikan respon pabila pedal minyak ditekan. Suara ngauman enjin tidak berlaku, apalagi untuk bergerak. Ini menyebabkan hati gundah gulana. Sebagai manusia biasa yang jauh dari taraf kewalian, ianya amat mengganggu solat jama dan qasar yang dilaksanakan. Seusai solat, enjin cuba dihidupkan. Selepas beberapa kali dicuba, masalah seolah selesai. Kami segera keluar dari lokasi parkir masjid. Belum sempat sampai di pintu pagar ianya berlaku. lagi. Sebenarnya, ia sudah mula dikesan berlaku pada siang hari tadi. Namun, apabila penulis restart semula e