khutbah Jumaat nan layu
Jumaat 18 Syaaban 1444 Jumaat yang agung .. menghitung langkah menanti kehadiran tetamu agung Ramadhan Al Mubarak yang semakin menghampiri pintu kehidupan. Apakah kita sudah bersedia? Boleh jadi khutbah pada minggu hadapan yang merupakan Jumaat terakhir syaaban akan berkisar mengenai pesanan sebelum memasuki gerbang Ramadhan yang harum mewangi; Tajuk yang cuba dibicarakan pada minggu ini adalah berkaitan dengan ajaran sesat yang perlu dijauhi dan khatib (dibaca: penulis khutbah) menyenaraikan WAHABI selaku wajah sesat yang wajib dijauhi; Terdapat fatwa dari pihak berkuasa yang gagal ditangkap oleh telinga penulis berkaitan kesesatan puak wahabi ini yang sering diulang siar sebagai menyamakan Tuhan dengan makhluk dan menjisimkannya; Tidak diketahui pula wahabi mana satu yang dimaksudkan kerana apa yang penulis kenal dari guru² yang sering dilabel selaku penganut wahabi, tidak pernah sekalipun mereka menjisimkan Tuhan yang maha Esa bersalahan dengan yang baharu. Mereka mengajar mengenal