Catatan Eid 1438
Syawal 1438 muncul bertepatan pada Ahad 25 Jun 2017 selepas mengharungi Ramadhan selama 29 hari. Seperti tahun sebelunya, eid disambut tepat sebagaimana yang telah tercatat dalam kalendar di persekutuan. Berbeza dengan perayaan eid di sekitar tahun 80an dan 90an di mana pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja² melayu mempunyai erti yang cukup besar dalam kehidupan muslim-melayu yang menghuni tanah besar persekutuan semenanjung emas. Kami tertunggu² akan masa siaran tersebut, yang lazim agak lewat berbanding pengumuman hari pertama Ramadhan. Biasanya, para keluarga melayu-muslim akan bermain teka teki mengenai tarikh hari raya. Khabar² angin, meskipun tidak serancak wassup dan dan juga FB apalagi IG, tetap bertebaran mengenai tarikh sambutan 1 syawal. Acapkali berlaku kesalah ramalan yang menyebabkan malam hari raya menjadi bertambah meriah atau sebaliknya. Jika ramalan tepat bahawa hari raya adalah keesokan harinya, maka beruntung keluarga yang telah memasak lebih awal. Mereka