Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 24, 2011

Majlis dan kita

Sabtu lepas, 24 Zulkaedah 1432, penulis meredah hujan lebat di beberapa kawasan beserta dentuman guntur dan petir memanah bumi menjelang senja yang mandom menuju ke kawasan pesta yang dijangka berlangsung sekitar jam 9.00 malam. Penulis bersama dengan keluarga ingin bersama meraikan pesta tahunan yang dianggap antara yang berprestij di negeri ini dan sangat-sangat julungkali diadakan.. Tatkala tiba, jalan-jalan kebanyakannya telah ditutup oleh pihak polis. Hujan masih lagi turun dengan kadar renyai-renyai yang mampu membasahkan pakaian. Berbekalkan hanya dua kaki payung, penulis terpaksa mengorbankan payung kepada keluarga manakala penulis meredah hujan menuju ke masjid memandang waktu Isya' baru sahaja menjengah. Kelihatan para peserta perbarisan telah mula bergerak ke kawasan permulaan, tanpa mengendahkan hujan yang semakin kasar rintiknya, tanpa memikirkan lagi mengenai kelebihan solat berjamaah fardhu isya' dalam suasana gawat dan dingin ini. Terdengar juga suara rakan-raka